Sabtu, 14 Mac 2009

Pengurangan BOD menggunakan Spray Areator



Penggunaan spray Areator yang saya gunakan semenjak bulan desimber yang lepas memberi impak yang cukup berkesan dalam penurunan BOD daripada 56 mg/l kepada 38 mg/l pada awal bulan ini. Ini membuktikan spray areator ini mampu berfungsi memberikan proses pemindahan oksigen daripada udara kedalam air melalui proses sentuhan diudara. lubang-lubang kecil yang padat yang membentuk semburan air di udara. Saya mengalu-alukan sebarang komen dan pandagan dalam bagi memperbaiki rekabentuk saya ini.

Khamis, 12 Mac 2009

Kecekapan Pembakaran Melalui Kawalan Nisbah






Oleh : Abd.Rahim Bin Mahmud



Kawalan nisbah “ratio control strategy” memainkan peranan penting dalam memastikan operasi
selamat dan ekonomikal bagi sebarang Pemanas bakar (fired heaters), dandang (boilers), relau
(furnaces) dan mana-mana proses yang melibatkan pembakaran bahan api. Ini kerana nisbah
udara kepada bahan api dalam proses pembakaran mempunyai kesan langsung terhadap ke-
efisyen-an( kecekapan)kepada pembakaran bahan api dan sebarang pelepasan terhadap alam
sekitar.
Keperluan kepada pengimplementasian kawalan nisbah bagi kadar bahan api suapan dan udara
pembakaran adalah penting sebagai pembolehubah proses “proses variable”.
Cuba lihat gambarajah diatas, kadar alir bahan api di ubahsuaikan bagi menetapkan suhu bagi
pemindahan bendalir haba yang keluar daripada relau ( furnaces). Didalam proses yang lain
kadar alir bahan api di ubahsuaikan bagi menetapkan tekanan pada Steam Header.
Sementara udara pembakaran diubahsuaikan oleh pengawal pemecah alir (flow fraction (ratio)
controller) bagi menetapkan nisbah udara/bahan api. Seperti ditunjukan dalam gambarajah
diatas alat pengesan (sensor) dan injap (valve) adalah antara sistem yang terlibat.

Mengapa nisbah udara/ bahan api penting ( Why Air/Fuel Ratio is Important )
Dalam proses pembakaran nisbah udara/bahan api diperjelaskan dalam asas jisim. Dalam unit
(e.g., lb/min, Kg/hr)
Cuba lihat tindakbalas pembakaran asas diatas :
Dimana , CO2 = Karbon dioksida CO = Karbon monoksida H2O = Ayaq Air = 21% oksigen(O2)
dan 79% nitrogen (N2) Bahan api = hidrokarbon seperti gas semulajadi , cecair bahan api, atau
biojisim

Apakah kesan suapan udara yang terlalu banyak dan suapan udara terlalu kecil pada sistem
pembakaran pada loji.




Rujukan


1. Chemical Process Control ,


2. Chemical Engineering Process Control

Ahad, 22 Februari 2009

Proses Pembakaran diLoji Dandang Stim


Oleh : Abd.Rahim Bin Mahmud

Proses pembakaran bahan api didalam loji dandang stim adalah amat penting bagi memastikan proses pembakaran lengkap berlaku. Dalam membincangkan proses pembakaran lengkap TIGA aspek utama harus diberi perhatian

1) Stiokiometri Yang tepat ( Persamaan Tindak Balas pembakaran )
2) Jumlah Nisbah Bahan Bakar dan Oksigen Yang dibekal adalah tepat
3) Sistem Pembakaran dan kawalan draft didalam dandang bagi tujuan keselamatan

Proses Pembakaran Lengkap

a) Kawalan Bekalan udara ( O2) : amaun udara yang dibekalkan bergantung kepada bahan api dan peralatan yang digunakan , kondisi operasi dan yang ditetapkan oleh pembuat dandang. Kelebihan udara akan menyebabkan pelepasan gas panas secara berlebihan dan kehilangan haba yang tinggi dan pengurangan kecekapan. Kekurangan udara menyebabkan peratus bahan api tak terbakar meningkat . Oleh itu nisbah yang sesuai mengikut stiokiometri adalah amat penting dalam memastikan kecekapan tinggi loji dandang stim.


b) Pencampuran udara (O2) dan bahan bakar. Udara dan bahn bakar mestilah dicampur sempurna oleh kerna setiap partikel bahan bkar mesti bersentughan dengan oksigen di udara sebelum pembakaran berlangsung. Sekiranya pencampuran udara dan agihan udara adalah tidak sempurna ini akan menyebabkan berlakunya udara belebihan dibeberapa bahagian , oleh itu sistem perlatan pembarakarn mesti direka bagi memastikan sistem pencampuran udara dan bahan bakar berlaku sempurna.



c) Suhu Operasi Pembakaran : apabila bahan bakar mencapai suhu “iginition” (aku x reti nak transelate melayunya) barulah proses pembakaran berlaku dengan pantas. Oleh itu adalah amat penting bagi membuat pencampuran bahan bakar dan udara pada tahap suhu yang tinggi.


Kalau nak tau lebih lanjut tentang Kawalan Suapan Bahan Bakar boleh rujuk laman web tetera dibawah ini


Sabtu, 21 Februari 2009

Khamis, 12 Februari 2009

Imbangan Tenaga Loji Dandang Stim

Gambarajah diatas menunjukan Imbangan Tenaga bagi Loji dandang Stim yang beroperasi pada keadaan optimum, in-out system bagi imbangan tenaga didalam operasi. Saya akan lanjutkan perbicaraan mengenai Kecekapan Loji dandang Stim dari peresepktif Imbangan Jisim dan Tenaga.

Tenaga pembakaran = Tenaga dalam medium pemanasan (stim) 75-77% + Tenaga bebas
melalui blowdown 3% + Radiasi dan perolakan 4% + gaspembakaran18%...........

Ahad, 8 Februari 2009

Reka Bentuk Dandang Stim 25000Kg/HR - Loji Janakuasa Stim

Spesifikasi Teknikal

· Jenis dandang : Bi-Drum Water tube
· Kapasiti : 25000kg/hr
· Tekanan Reka Bentuk : 33.5N/mm2
· Tekanan Operasi : 30 Barg
· Bahagian aliran asap pemabakaran : 3 bahagian
· Kekeringan stim : 99.5% Kering
· Suhu Stim : 99.5% Suhu ketepuan Kering
· Kod rekabentuk : BS 1113-1999

Stim Drum

1. Steam Drum Diameter : 1500mm Diamater Internal
2. Material : BS 1501-223-490A atau yg setara
3. Manhole/Manway : 2 nos
4. Pemisah Stim : 3 bahagian daripadanya ialah penyerap, penghalang kewapan,dan plat kesimbangan
5. Dimensi 1500 X 1572X 5850 - stim drum
6. Dimensi 915 x 959 x 6000 - water drum

Stim dram juga akan dilengkapi dengan baffle, paip agihan dan nozzle yang diperlukan dan pepasangan yang mengikuti peratuaran dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan .

Tiub & Header

1. Tiub dandang : 50.8mm diameter dan 76.2 diamater
2. Bahan tiub : BS5309-Part I & II Grade 320 dan 360
3. Bahan header : ASTM 106B

Boiler tiub 50.8 mm seamless 708 nos
Boiler tiub 76.2 mm seamless 138
Header conecttor 101.4mm seamless 4
Downcomer 4" pipe 4 nos
Gross heating surface 740m2
Evaporation /sq.metre of gross heating surface 33.78kg/m2


Tiub dandang disusun atur supoaya kitaran air secara natural bagi memudahkan dandang member respon dalam pelabagai keadaan muatan pada setiap masa.

Injap

· Main steam stop valve : valvosider
· Feed water control valve : Neles Jamesbury (Finland)
· Feed Valve stop&Check Valave : Valvosider
· Blowndown Valves: Gestra
· Drain Valves : SHORITSU
· Safety Valves : LESER /ARI
· Water Column and gauges : BONT (ITALY) or equivalent
· Pressure gauges : ROTOTHERM/DK
· High/low alarm : MOBREY(UK)
· Extra / Low alarm: CHINO CONTROLLLER (JAPAN)

Injap Automatik air suapan :

Injap regulasi : ball/Segmental ball
Make/country origin : Neles jamaesbury / finland

Injap kawalan air suapan ke dandang bagi jenis ball atau segmental ball direka untuk di pasangkan pada aliran air suapan bagi memebrikan respon sertamerta bagi sebarang keadaan muatan tanpa mengalami ketidaktentuan aras air didalam drum air.

Relau Pembakaran

Menggunakan bahan bata SK34 sebagai dindning dengan insulasi dengan tiga bahagian pintu api bagi pengeluaran abu secara manual , dandang ini akan menggunakan automatik sistem bagi mengeluarkan abu ,sisa pembakarn secara hidraulik .

Kipas

ID Fan

1. Jenis : centrifugal/emparan
2. Model : Vibran
3. Laju : 700 rpm
4. Kapasiti 31.85
5. Suhu : 330
6. Tekanan mm Wg : 165
7. Motor KW : 110
8. Jenis Motor : Teco
9. Jenis motor : Slip ring
10. Starter : 5 step rotor resistance


FD Fan

11. Jenis : centrifugal/emparan
12. Model : Vibran
13. Laju : 900 rpm
14. Kapasiti 10.03
15. Suhu : 330
16. Tekanan mm Wg : 60
17. Motor KW : 30
18. Jenis Motor : Squirell cage
19. Jenis motor : Elektrim
20. Starter : Star Delta

Secondary air Fan

21. Jenis : centrifugal/emparan
22. Model : Vibran
23. Laju : 1700 rpm
24. Kapasiti 2.12
25. Suhu : 30
26. Tekanan mm Wg : 250
27. Motor KW : 18
28. Jenis Motor : Squirell cage
29. Jenis motor : Elektrim
30. Starter : Star Delta
Fuel FeeDer Fan

31. Jenis : centrifugal/emparan
32. Model : Vibran
33. Laju : 2100 rpm
34. Kapasiti 1
35. Suhu : 330
36. Tekanan mm Wg : 480
37. Motor KW : 18
38. Jenis Motor : Squirell cage
39. Jenis motor : Elektrim
40. Starter : Star Delta


Struktur dandang

Dandang diteguhkan dengan struktur steel rangka lengakp dengan Universal beam,channel , angle iron dan steel plat casing. Platform operasi mesti diletakkan pada lokasi –lokasi antara kedua-dua drum .

Cerobong

Diamater : 1500mm
Tinggii : sepertimana keperluan DOE
Material Chimney : stainless steel 304
Ketebalan plat : 4.5mm,6mm dan 7mm
Sampling Pot : 2 nos
Chimeny platform 120 degree opening
Penebat geluduk : Isolator c/w copper wire

Pam air suapan

Model : SPECK SPECK
Kuantiti: 1 1
Jenis: Multi stage centrifugal Multi stage centrifugal
Model: E5007/0 E5007/0
Motor/Turbine: A16 55KW squarrel Cage
Suction inlet 100mm N.B 100mm N.B
Discharge 50mm N.B 50mm N.B
Steam Pump

Air Compressor
Make : Hitachi
Power : 2.2KW

Sistem Suap Bakar

Menggunakan Inverter sistem yang direlka bagi memberikan statik imbangan tenaga bagi dandang bagi memastikan keadaan aliran mantap stim di janakan semasa pelbagai muatan pada sesuatu masa berpadanan dengan dengan muatan dandang. Sitem ini bagi memastikan pembakaran lengkap dan mengurangkan particulate emission. 3 unit air-swept spreade lengkap dengan kawalan damper bagi pengagihan bahan bakar yang sekata.

Instrumentasi

Transmiter - Yokogawa transmitter bagi tekanan drum , Aras air dalam drum dan stim Flowmeter.
  1. Gauges - Drum pressure 12"DK Rototherm,Feed Pump pressure 2 1/2" Rototherm, Draught Nagano, Reflax&bi-colour,
  2. Controller - drum Pressure ( Yokogawa MC43)
  3. Recorder - circular chart rototherm,circular chart rototherm, smoke obesity (shimaden/LKS)

Pengunaan Bahan bakar pada M.C.R

  • 70% fibre & 30% Shell 7670kg/hr
  • 50% fibre &50% EFB 10125Kg/hr
  • 40% Fibre + 50% RFB + 10% Shell - 9740 2g/hr
  • Boiler Thermal Efficency 65%
  • Total KW = 264.6 Kw




Peningkatan Kualiti Air Sisa Rawatan melalui Spray Arator

Berikut adalah gambar rajah ringkas pembinaan spray areator.

Setelah menggunakan Spray Areator yang direka khas sejak 20 Disember 2008 sehingga 31 January Disember perubahan BOD atau keperluan Biologi Oksigen telah berkurang daripada 52 ppm kepada 44 PPM.
  1. Ini bermakna pengurangan sebanyak 8 ppm atau lebih kurang 15.34%

  2. Spray areator ini dijalankan selama 12 Jam sehari iaitu lebih kurang sebanyak 504 jam

  3. Ini bermakna kadar pengurangan BOD sejam sebanyak 0.015873 BOD/jam.

Bahan Fabrikasi

1- floating Drum - sebagai pelampung

2- 2" angle iron -sebagai rangka pelampung

3- paip 4 " - yang dilubangkan dengan diameter 10mm pada jarak setiap 1 inchi sebanyak 1000 lubang.

4- Pam dengan kadar pengepaman 35000kg/hr atau menggunakan daya graviti tanpa menggunakan pam sekiranya upstream pada aras yg tinggi.