Oleh : Engr. Abd.Rahim Bin Mahmud
B.Eng (Chem) , Steam Engineer ( DOSH) , Grad IEM , BEM
Stim dan kegunaanya dalam Industri
Stim merupakan bendalir gas yang berasal daripada air yang kemudianya mengalami proses pemanasan dan pemelwapan dan proses pertukarannya kepada bentuk gas belaku apabila berada pada suhu lebih daripada takat didih air. Proses tarnsformasi fizikal ini memerlukan tenaga haba yang dibekalkan melalui pemindahan haba daripada proses pemanasan. Pergerakan molekul-molekul air akan bertambah selari dengan peningkatan suhu dan kadar haba yang dipindahkan kepada molekul-molekul air sehingga satu takat kesemua molekul ini bebas bergerak dan melalui perubahan fasa fizikal kepada gas.
Dalam industry stim dihasilkan dengan menggunakan beberapa kaedah , kaedah yang utama ialah dengan mengunakan dandang stim. Dandang Stim terbahagi kepada dua yang pertama ialah danndang tiub air dan dandang tiub api. Perbezaan antara kedua-dua jenis dandang ini bergantung pada kedudukan air tersebut dimana dandang tiub air dimana air berada didalam tiub dan untuk tiub api , air berada diluar tiub. Kebanyakan stim digunakan dalam proses industry untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan yang diproses, tindak balas dalam reactor serta untuk penjanaan tenaga elekterik bagi stim turbin.
Penjanaan Stim melalui Dandang Stim – Tiub Air
Sebelum menghurai lebih lanjut mengenai dandang stim kita harus mengetahui beberapa elemen utama mengenai teori reka bentuk dandang stim yang penting dan juga pematuhan undang-undang yang wajar dipatuhi.
1. Kadar pemelewapan
2. Bahan Bakar – jenis , jenis pemabakaran , kuantiti yang diperlukan
3. Kawalan alam sekitar
4. Kaedah suapan bahan bakar
5. Kawalan proses pemabakaran
6. Kawalan keselamatan
7. Peraturan undang-undang yg perlu dipatuhi.
Kadar pemelewapan –
Kadar air yang ditukarkan kepada stim dalam unit kilogram stim perjam atau tan stim perjam.
Bahan Bakar
Cecair , gas atau pepejal – jenis bahan bakar seperti arang batu, hampas fibre , shell , gas bahan bakar methane , butane , propane , dan bahan bakar cecair .
Kebolehadaan sumber bahan api secara berterusan adalah penting untuk membekalkan bahan api bagi tujuan pemabakaran didalam dandang.
Kawalan alam sekitar
System pemerangkapan debu pemabakaran seperti multi siklon dan dust collector , serta
sistem pemonitoran. System cerobong (chimney) yang digunakan.
Kaedah suapan bahan bakar
1. Automatic
2. Manual
3. System kawalan pembakaran suapaya kadar pemabakaran sepadan dengan kadar stim yang dijanakan
4. System keselamatan
Kawalan proses pemabakaran
1. Tujuanya untuk memastikan draft pada relau dan draft pada sedutan dan draft penolakan berpadanan bagi mematikan kesimbangan draf dalam system.
2. Tujuan keselamatan termasuk proses soot blowing.
3. Operasi Kipas yang membekalkan angin yang membawa udara mengandungi Oksigen
Kawalan keselamatan
1. Kawasan kelselamatan bagi mengelakkan kejadian kekuarangan air
2. Kemalangan atau letupan disebabkan pemabakaran serta merta
3. Sistem Injap keselamatan tekanan yang ada
4. Sistem kawalan bekal bahan api suapan dan air suapan pemotongan terus.
Pematuhan undang-undang tempatan
1- Rekabentuk mematuhi akata kilang dan jentera 1967 dan peraturan dandang stim dan pengandung tekanan tak berapi serta berkaitan dan peraturan orang kompetan dan bilangan Jurutera dan Boilerman mengikut luas permukaan pemanas dandang tersebut perlu dipatuhi dan pepasangan yang ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan